Sejarah perundangan tanah di Malaysia boleh di lihat dari sudut sejarah tanah melayu sebelum dan pada zaman pemerintahan British. Sebelum kedatangan penjajah British, tanah Melayu telah dengan sendiri mempunyai sistem tanah yang tersendiri dengan mengadaptasi undang-undang Islam dan adat tempatan. Ia seperti yang terkandung di dalam Undang-undang Melaka 1523, Undang-undang Pahang 1650, Undang-undang Kedah 1950, undang-undang johor 1789 dan Kanun Perak&undang-undang 99 Perak 1765.
Secara umumnya, sistem tanah pada ketika ini mengamalkan 2 sistem penggunaan tanah iaitu tanah huma dan tanah kampung, di mana tanah huma (bukit) ini di gunakan untuk tanaman yang kebiasaannya hanya bertahan sehingga 3 musim sebelum penghuninya berpindah ke tempat lain akibat tanah yang tidak lagi subur. Tanah kampung pula bolehla di kategorikan sebagai tanah bendang dan tanah dusun, di mana disini tanahnya adalah rata dan rendah serta menempatkan perkampungan-perkampungan yang tetap.
Kedua-dua penggunaan tanah ini mengamalkan prinsip dan sistem yang sama iaitu sistem yang di adaptasi dari undang-undang Islam "Ihya Al-Mawat". Di dalam undang-undang ini, tanah yang adalah milik AllAH swt, dan sesiapa sahaja berhak untuk mengerjakannya, individu-individu yang mengerjakan tanah tersebut hingga mengeluarkan hasil maka tanah itu adalah hakmiliknya sehinggalah tanah itu tidak lagi di kerjakan(tanah mati). Dengan syarat, individu tersebut perlulah berterusan mengerjakan tanahnya dan mengeluarkan 1/10 daripada hasil tanah tersebut kepada Raja atau pemerintah.
Sistem ini terguna pakai sehinggalah kedatangan penjajah Inggeris pada tahun 1786 di Pulau pinang.
bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment