Tuesday, November 4, 2008

Projek Perumahan Rakyat

Projek Perumahan Rakyat

Melalui RMK-9 kerajaan telah mengambil langkah berterusan bagi memastikan rakyat Malaysia memperoleh akses kepada perumahan yang mencukupi, mampu di beli atau disewa dan berkualiti dari pelbagai peringkat dengan memberikan penekanan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Projek Perumahan Rakyat Bagi Milik

Projek ini adalah bagi mencapai objektif kerajaan bagi membantu memberikan perumahan yang sempurna kepada golongan yang berpendapatan rendah di luar Bandar dan di pinggir Bandar. Ia turut di lengkapi dengan kemudahan-kemudah asas dan social untuk keselesaan. Rasionalnya kerajaan mewujudkan program ini bagi meningkatkan tahap penyampaian kepada golongan sasaran dengan kerajaan membiayai keseluruhan kos pembinaan rumah.

Ciri-ciri

  • Kepada golongan yang pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM 1500 atau RM 2000(bagi Kuala Lumpur).
  • Jenis rumah adalah rumah pangsa 5 tingkat atau lebih bagi kawasan Bandar dan rumah teres sesebuah di kawasan luar Bandar atau pinggir Bandar.
  • Keluasan lantai tidak kurang daripada 60 Meter persegi atau 650 kaki persegi, yang meliputi 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, dapur dan bilik air atau tandas yang berasingan.
  • Harga jualan bagi rumah jenis ini adalah RM 25,000 seunit sebelum 27 Febuari 2002 dan mulai 27 Febuari 2002, harga jualan adalah antara RM 25,000 hingga RM 35,000 di semenanjung Malaysia bergantung kepada lokasi dan harga tanah sunit.
  • Di Sabah dan Serawak, harga boleh dinaikkan tidak melebihi 20% daripada harga yang di rezabkan.

Projek Perumahan Rakyat Bagi Sewaan

Program ini di laksanakan bagi menempatkan setinggan-setinggan yang terlibat dengan projek-projek pembangunan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu kerajaan mengadakan kemudahan perumahan untuk disewa kepada penduduk setinggan untuk menyelesaikan masalah setinggan dan perumahan di Kuala Lumpur dan bandaraya-bandaraya utama yang lain.

Ciri-Ciri

  • Kepada penduduk setinggan
  • Golongan yang berpendapatan isi rumah RM 2,500 dan ke bawah.
  • Jenis rumah yang disediakan adalah rumah pangsa 5-18 tingkat
  • Keluasan lantai tidak kurang daripada 60 Meter persegi atau 650 kaki persegi, yang meliputi 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, dapur, dan 2 bilik air atau tandas.
  • Kadar sewaan yang dikenakan adalah RM 124.00 sebulan.


Projek Perumahan Rakyat Bagi Sewa dan Beli

Program ini di syorkan oleh NGO kepada pihak kerajaan bagi tujuan member peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah atau penduduk setinggan yang tidak mempunyai rumah untuk memiliki rumah mampu milik. Program ini di wujudkan dengan kerjasama antara SPNB dan kerajaan persekutuan bagi menghapuskan kemiskinan di Malaysia menjelang 2010.