Monday, October 27, 2008

Kepentingan Awam Dalam Perancangan

Definisi kepentingan awam
Terdapat banyak fahaman dan konsep tentang kepentingan awam, menjadikan maksud kepentingan awam sesuatu yang kabur bagi perancang bandar. Meyerson dan Banfield telah memberi kritikan terhadap maksud kepentingan awam. Mengikut mereka, kepentingan awam bagi perancang bandar adalah " a decision [serves] special interests if it furthers the ends of some part of the public at the expennse of the ends of the larger public. It is in the public interest if it serves the ends of the whole public rather than those of some sector of the public." Kepentingan awam adalah menjaga matlamat seluruh masyarakat awam daripada menjaga sebahagian daripada masyarakat awam. Menurut mereka, golongan berlainan mempunyai tafsiran berlainan tentang kepentingan awam dan adalah sukar untuk membuat perbezaan yang jelas.
Terdapat dua konsep kepentingan awam iaitu "unitary" dan "individualistic". Konsep "unitary" melihat keseluruhan kepentingan awam sebagai satu set matlamat yang boleh digunapakai kepada semua ahli masyarakat. Manakala konsep "individualistic" melihat kepentingan majoriti tidak mengandungi satu sistem, sama ada terkandung dalam masyarakat majoriti sebagai satu entiti. Matlamat atau kepentingan yang berkaitan adalah terdiri daripada kepentingan individu yang sama ada berkongsi atau tidak berkongsi, dan matlamat atau kepentingan majoriti keseluruhannya adalah pengumpulan kepentingan individu-individu. Oleh itu keputusan tentang kepentingan awam perlu dipertimbangkan selari dengan kepentingan individu.
Walaubagaimanapun, daripada dua konsep kepentingan awam, terdapat juga pandangan berlainan dengan konsep ini. Bagi mereka yang sependapat dengan konsep "unitary’, dua pandangan dikenalpasti iaitu "organismic" dan "communalist". Pandangan "organismic" berpendapat bahawa matlamat kerajaan atau badan politik adalah lebih besar daripada hanya pengumpulan atau campuran matlamat individu. Manakala pandangan "communalist" pula berpendapat kepentingan majoriti adalah suatu yang awam dan berkongsi dan apa-apa yang tidak berkongsi dan tidak mempunyai nilai sama adalah tidak perlu diendah. Secara perbandingan, daripada konsep "individualistic" lahir tiga pandangan. Pandangan "utilitarian" berpendapat kepentingan individu harus dikenal pasti jika sebahagian kepentingan ini adalah dapat berkongsi, ini tidak memberi nilai khas (special value) kepada individu. Pandangan "quasiutilitarian" pula berpendapat nilai yang lebih penting harus digunapakai terhadap individi tertentu daripada lain. Akhirnya "qualified individualistic" berpandangan bahawa kepentingan masyarakat adalah kumulatif kepentingan yang dipilih daripada golongan yang berkaitan dengan membuat polisi.
Daripada pandangan tentang kepentingan awam di atas, jelas tidak memberikan fahaman yang jelas kepada perancang bandar. Banfield berpendapat bahawa mana-mana pembuat keputusan yang menggunakan mana-mana pandangan tentang kepentingan awam, persoalan tentang kepentingan awam sama ada am atau khusus adalah sesuatu yang kontroversi. Tambahan lagi, mempersetujui salah satu pandangan kepentingan awam adalah sesuatu yang kontroversi kerana isi yang konkrit.
Oleh itu, tidak akan ada definisi yang betul dan tepat tentang kepentingan awam tanpa mendapat persetujuan atau disahkan oleh kerajaan. Daripada konsep yang dicadangkan tentang kepentingan awam, sebelum perancang bandar menentukan yang mana munasabah, perancang bandar sebagai agen kerajaan harus menentukan peranannya sama ada menjaga kepentingan kerajaan atau kepentingan awam. Jika dalam kes ini terdapat tujuan dan matlamat berbeza yang dicadangkan, maka pertimbangan yang harus diberi oleh perancang bandar bergantung kepada kuasa diberi oleh kerajaan dan pilihan mekanisma masyarakat yang dikenalpasti oleh perancang bandar. Dalam kata lain, kepentingan awam tidak melambangkan matlamat yang rasional yang harus dicapai oleh perancang bandar tetapi sebagai suatu cerminan masyarakat untuk menolong perancang bandar membahagikan kuasa dan sumber.
Salah satu faktor menentukan apa yang harus dilakukan dan mampu dilakukan oleh perancang bandar ialah kuasa pilihan (discretion) yang diperuntukkan oleh struktur kuasa kerajaan dan masyarakat, yang mana kerajaan sebagai majikan dan masyarakat sebagai klien perancang bandar. Kuasa yang diperuntukkan kepada perancang bandar adalah faktor kritikal dalam menentukan kebolehan perancang bandar membentuk matlamat masyarakat dan meentukan kuasa perlaksanaan. Dalam hal ini, perancang bandar harus memberi perhatian kepada pertimbangan dan pilihan, kepentingan awam, dan struktur kerajaan untuk mengenal pasti apa yang harus dilakukan oleh perancang bandar secara praktikal.