Blog ini di dedikasikan khas untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya para pelajar yang mengambil bidang yang berkaitan dengan harta tanah. Sebagai seorang mahasiswa, saya merasakan kesusahan ketika mencari pelbagai informasi dan juga bahan bacaan tambahan bagi memahami pelbagai subjek terutama Undang-undang Harta Tanah, serta Penilaian Harta Tanah. Jadi dengan tekad bagi membantu para pelajar lain, saya bersama-sama sahabat saya akan sentiasa memberikan serta berkongsi post-post yang kami harap dapat membantu menambahkan lagi kefahaman dalam bidang harta tanah ini.
Semua pelawat di jemput untuk menghantar post-post yang ingin di kongsi yang berkaitan dengan harta tanah, dan komen juga amatla di alu-alukan bagi menambahbaik fungsi blog ini. Kepada mereka yang inginkan maklumat, maka jangan segan dan silu hantarkan soalan anda melalui komen. Insyaalah, saya akan cuba sedaya upaya saya bagi menghuraikan persoalan saudara tersebut.
Terima kasih di ucapkan jua kepada para pensyarah universiti Teknologi Malaysia City Campus dan juga para pensyarah Universiti Malaya yang telah banyak membantu dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang harta tanah kepada diri saya sehingga saya mampu untuk menerbitkan blog ini.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya sokong usaha anda & berbangga kerana anda mempunyai inisiatif sendiri untuk membantu diri anda & rakan2 untuk sukses di dalam bidang harta tanah. Setiap amalan yang baik itu akan dipulangkan kepada yang mengusahakannya - yang penting niat mesti ikhlas.
rivasslamualaikum..
Bagaimanakah pemikiran seseorang yang berada di dalam profesion undang2 tanah ini.sukar untuk saya memahami dan menghubung-kait seksyen yang terkandung dlm KTN. mungkin En Hisyam blh bg saya beberapa tips..
En boomelaka, semua perkara di dunia ini tidak semua yang akan membuatkan kita jatuh cinta pada pandangan pertama, kerana itulah maka adanya pepatah x kenal maka x cinta. sama jua seperti bidang pengajian undang2 tanah ini, cuba jangan meletakkan posisi awk mempelajarinya hanya untuk peperiksaan, tetapi aggaplah undang2 tanah ini sebagai sebahagian daripada hidup tuan, maka secara x langsung kita akan menghargainya. Mengenai tips, bagi saya perkara yg saya praktikkan adalah dengan menyintai bidang ini, serta mengaitkan banyak kes-kes berkaitan dengan tanah dengan apa yang kita pelajari. Cuba menghayati intipati undang2 tanah, bukan menghafal seksyen, dngan menghayatinya, secara automatik seksyen itu akan timbul di fikiran saudara.
Post a Comment