Wednesday, October 22, 2008

REIT

Sekarang ini bagi anda yang biasa membaca kolum-kolum berita mengenai perniagaan, pelaburan dan hartanah pastinya akan terlintas atau terbaca mengenai REIT. Bagi anda yang sememangnya di dalam bidang pelaburan saya pasti anda biasa dengannya tetapi bagi anda yang berada di dalam perniagaan atau hartanah, mungkin tidak semua yang arif mengenainya.. dan bagaimana pula dengan anda yang sememangnya tidak pernah ambil tahu mengenai pelaburan dan hartanah?.. hahh… saya pasti anda tentu tidak jelas mengenainya..

Jangan risau… posting kali ini saya terlintas pula dan ingin membincangkan serba ringkas mengenai apakah sebenarnya REIT ini dan apa yang menarik sangat mengenainya.. bagi anda yang sememangnya tidak pernah tahu mengenainya sebelum ini… saya harap anda teruskan membaca, kerana saya akan menyatakan kepada anda bagaimana anda boleh memiliki sebahagian hotel, pusat membeli-belah, hospital dan sebagainya yang bernilai jutaan ringgit ini hanya melalui REIT..

OK, Apakah sebenarnya REIT?
REIT (Real Estate Investment Trust) atau Dana Amanah Pelaburan Hartanah adalah merupakan Dana Amanah yang mana diuruskan oleh syarikat yang memiliki dan menguruskan sebilangan/portfolio hartanah REIT tersebut yang memberikan pulangan yang mana biasanya adalah daripada hasil penyewaan dan caj pengurusan ke atas hartanah-hartanah tersebut.

Di dalam kata yang lebih mudah REIT ini akan dijual kepada pelabur yang membeli saham-saham REIT tersebut yang mana dividennya adalah keuntungan hasil daripada penyewaan dan caj pengurusan hartanah yang biasanya diantara 8%-9% (jangkaan, dan tidak semestinya).

Apakah lagi yang menarik mengenainya?
Ini bermaksud apabila REIT ini boleh dijual sebagai unit amanah, maka anda berpeluang untuk memilikinya dan secara tidak langsung anda merupakan sebahagian pelabur yang memiliki hartanah REIT tersebut apabila anda melabur di dalam REIT berkenaan. Menarik bukan? Mungkin selama ini hartanah jenis ini hanya boleh dimiliki oleh mereka mempunyai modal besar… tetapi dengan adanya REIT, secara perlahan ianya sudah boleh dimiliki bersama oleh sesiapa sahaja.

Ingin tahu apa lagi yang menarik mengenai REIT?
Tentunya pulangan kepada anda sebagai pelabur. Melalui REIT, pelabur bukan sahaja menerima dividen sebagaimana pelaburan lain tetapi ianya adalah sangat-sangat tinggi! Ya.. dengan REIT pembayaran dividen kepada pelabur adalah melebihi 90% dan sesetengahnya hampir keseluruhan (100%) daripada keuntungan yang diperolehi melalui REIT tersebut.

Di Malaysia, REIT bolehlah dikatakan agak baru dengan penyenaraian beberapa REIT seperti Amanah Harta Tanah PNB(AHP) dan AHP2 oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Arab-Malaysian First Property Trust (AMFPT), Axis Reit Managers Bhd, Starhill REITs (terdiri daripada Pusat Membeli-belah Starhill dan Lot 10 serta Hotel J.W. Marriott) oleh YTL Corporation Bhd (dengan REIT bernilai melebihi RM1 Billion) dan yang terbaru Atrium REIT oleh Atrium Reit Managers Sdn Bhd (menggabungkan beberapa hartanah tempatan yang disewa syarikat multinasional serta hartanah luar negara).

Bagi anda yang mencari REIT berlandaskan syariah, REIT Al-’Aqar KPJ (Kumpulan Perubatan Johor) merupakan yang pertama bukan sahaja di Malaysia tetapi merupakan REIT Islam pertama di dunia yang ditubuhkan KPJ Healthcare dan diuruskan oleh Damansara REIT Managers Sdn Bhd dengan Nilai Pasaran berjumlah RM481 juta melalui enam hospital KPJ.

Dijangkakan lebih banyak lagi REIT akan menyusul selepas ini berdasarkan sambutan yang diberikan oleh pelabur-pelabur terhadap REIT-REIT sedia ada ini.

Semoga dengan sedikit penerangan di atas, anda lebih jelas tentang apakah REIT yang dperkatakan selama ini.

adaptasi dari blog Tipshartanah.

No comments: