Friday, November 7, 2008

Soalan Tutorial Law 2

Question 2


1) Give the facts and judgment of Boonsom Boonyanit v Adorna Properties Sdn Bhd [1997] 2MLJ 62 beginning from the hearing at the High Court until Federal Court.

(10 marks)

Jawapan


Bagi kes ini, Boonsom Boonyanit adalah pemilik kepada 2 bidang tanah di Penang, tanpa pengetahuannya, tanah miliknya ini telah di pindahmilik oleh seorang yang menyamar sebagai pemilik tanah tersebut kepada Adorna Properties dengan memalsukan dokumen-dokumen yang berkaitan.


Responden (Boonsom) telah mencabar kesahihan pindahmilik tersebut yang mana telah disemari oleh pemalsuan. Dalam perbicaraan di mahkamah tinggi, mahkamah tinggi tidak dapat menentukan samada tandatangan yang tertera pada dokumen pindahmilik telah di palsukan, mahkamah berpendapat bahawa untuk menentukan pemalsuan, tahap pembuktian adalah sampai kepada melampaui keraguan yang munasabah, dan telah memutuskan bahawa memandangkan perayu(Adorna) telah memiliki hakmilik tak boleh sangkal, mahkamah telah menggugurkan rayuan perayu ini.


Tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tinggi, Boonsom kemudian merayu ke Mahkamah rayuan, disini mahkamah memutuskan bahawa tahap pembuktian pemalsuan adalah hanya pada tahap kemungkinan yang seimbang dan mahkamah telah mendapati bahawa terdapat pemalsuan yang berlaku dalam pindahmilik tanah ini. Mahkamah kemudian menyatakan bahawa responden(Adorna) tidak memperolehi hamilik tak boleh sangkal.


Adorna kini merayu pula ke mahkamah persekutuan, di mahkamah persekutuan, 2 isu yang dibawa iaitu yang pertama adalah tahap pembuktian bagi pemalsuan dan yang kedua adakah perayu(Adorna) telah mendapat hakmilik tak boleh sangkal. Mahkamah memutuskan bahawa tahap pembuktian adalah pada tahap kemungkinan yang seimbang. Walaubagaimanapun, mahkamah mendapati pewujudan KTN telah membatalkan segala perundangan sebelumnya, dan dalam kes ini mahkamah telah merujuk kepada S340 KTN. Walaupun terbukti berlakunya pemalsuan dalam dokumen pindahmilik seperti peruntukan S340(2), tetapi perayu telah membuktikan bahawa kedudukannya sebagai pembeli yang bona fide dilindungi di bawah S340(3), mahkamah memutuskan bahawa perayu mempunyai hakmilik yang tak boleh disangkal di atas tanah itu, dan bukan mengambilmilik tanah itu di bawah kedudukan pemalsuan dokumen.


2) Discuss the implication of the abovementioned case in the context of section 340 of the National Land Code 1965.

(15 marks)


Merujuk kepada keputusan kes diatas, dapatlah kita nyatakan bahawa kesan S340 keatas pemilikan suatu tanah adalah tegas tetapi berubah mengikut keadaan. Suatu pemilikan yang benar memang dilindungi di bawah S340 dan S89 KTN yang menyatakan bahawa kepentingan pemilik berdaftar yang pada masa itu berkuatkuasa adalah tidak boleh diganggu gugat. Hal ini di buktikan dalam kes Teh Bee vs K Maruthamutthu, dalam kes ini Maruthamutthu telah menduduki tanah TOL selama 21 tahun dan sentiasa memperbaharui lesennya, kemudian, PBN telah mengurniakan tanah tersebut kepada TehBee. Kes ini sebenarnya melihat kesan S340 yang sebenar di mana bila ia berkuatkuasa, ia berupaya untuk mengenepikan mana-mana kepentingan yang tidak berdaftar atau sekadar ekuiti di atas tanah tersebut, bukan itu sahaja dalam kes ini sebenarnya isu yang ditimbulkan adalah kesahihan pendaftaran tersebut dimana Teh Bee telah menangguh pembayaran fee premium yang sepatutnya di bayar dalam tempoh 3 bulan, tetapi telah menangguh pembayaran tersebut sehingga 6 bulan. Dan pihak PBN masih mendaftarkan pemberimilikan tersebut, mahkamah berpendapat, pihak PBN telah berlaku ultra vires terhadap S81(2) KTN. Dan apabila suatu dokumen daftaran itu di daftarkan, menurut provisi S88 apabila ia di tandatangani atau di materai, maka kesahihan pendaftaran itu adalah seperti yang di nyatakan dalam S89 dan S340(1).


Walaubagaimanapun, hakmilik tak boleh sangkal ini tidaklah begitu rigid, masih terdapat ruang yang di berikan di bawah KTN untuk mencabar suatu hakmilik tak boleh sangkal apabila ia di perolehi atau di dapati dalam keadaan fraud, pemalsuan, salahnyata dan suratcara tidak sah seperti yang di peruntukkan di bawah S340(2). Provisi ini membolehkan mereka yang mengalami kekecewaan akibat kepentingan mereka telah di pindahmilik kepada inidividu lain dalam keadaan yang mala fide. Apa yang penting disini untuk mencabar suatu hakmilik tak boleh sangkal adalah bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa suatu fraud, salahnyata, pemalsuan atau suratcara tidak sah itu dilakukan oleh pelaku secara konstruktif, jika ini terbukti dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat, maka mahkamah boleh membatalkan suatu milikan yang telah didaftarkan itu dan melaksanakan suatu remedi baginya. Hal ini tidak pula berlaku pada pembeli yang bona fide, dimana pembeli telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pembeli lain dengan mengikut segala prosedur dan perundangan, maka milikannya dilindungi di bawah S340(3) KTN seperti yang berlaku pada kes Boonsom Bonyanit vs Adorna Properties.


Question 4


  1. State the rights and the limitations under easements.

(4 marks)

Di bawah S283 KTN, ia menyatakan perkara-perkara yang boleh dan di larang di lakukan oleh penerima ismen iaitu.


S283(1) Hak yang boleh dilakukan.

  1. Hak untuk membuat sesuatu di dalam, atas atau kepada tanah yang menanggung.
  2. Hak bahawa sesuatu tidak berbuat sedemikian.




S283(2) Tidak termasuk/tidak boleh.


  1. Tidak boleh mengambil, atau mengeluarkan apa jua dari tanah yang menanggung.
  2. Tidak boleh mengambil atau mengganggu gugat pemilikan eksklusif mana-mana bahagian tanah yang menanggung itu.


b) Briefly explain what is 'the dominant land' and 'the servient land'.

(2 marks)

S382(2) menyatakan bahawa tanah yang menerima faedah daripada ismen yang di laksanakan itu dikenali sebagai tanah yang menguasai atau "dominan" dan tanah yang menanggung ismen tersebut di kenali sebagai tanah menanggung atau "servient".


c) Discuss the conditions in granting easements and its effect.

(9 marks)



d) Explain ways to release, extinguish or revoke an easement.

(10 marks)