Thursday, October 23, 2008
KTN, suatu penyeragaman.
Undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah Kanun Tanah Negara(KTN). Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996. Dari tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud disemua negeri di Semenanjung Malaysia.
Sebelum 1.1.1996 ,semua negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang agak berlainan.Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang(yang di contohi daripada undang-undang harta dan pindahak Inggeris)yang dengannya suratikatan yang di sempurnakan secara persendirian adalah asas hakmilik bagi tanah.
Secara perbandingan sembilan buah Negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh di perolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang diamalkan di sembilan buah Negeri Melayu adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens atau sistem pendaftaran hakmilik.
KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum 1.1.1966). Untuk menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1.1.1996.
Oleh itu dengan adanya KTN dan Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik-hakmilik Pulau Pinang dan Melaka ), 1963, kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1.1.1996. Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens. (Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan undang-undang tanahnya sendiri).
CIRI-CIRI SISTEM TANAH SEBAGAIMANA YANG DIAMALKAN.
Sistem Torrens menetapkan dan memperakui, di bawah kuasa Kerajaan, kepunyaan hakmilik tanah yang tidak boleh disangkal dan memudahkan, mempercepatkan dan merendahkan perbelanjaan segala urusan tanah. Tujuan-tujuan sistem Torrens ialah untuk memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah. Hakmilik adalah bukti muktamad bahawa orang yang disebutkan didalamnya adalah tuanpunya tanah yang dinyatakan didalamnya.
Hakmilik-hakmilik tanah yang sah memerlukan perihal sempadan-sempadan yang tepat. Ini bererti bahawa pengukuran tanah yang cekap mestilah dibuat. Suatu hakmilik boleh dikeluarkan bagi tanah dengan apa-apa perihal sempadan yang munasabah, tetapi jika sempadan-sempadan itu tidak tepat sedangkan hakmilik itu masih lagi tidak boleh disangkal, ia mungkin akan menjadi terdedah kepada pertikaian mengenai sempadan. Dengan pengukuran yang tepat kemungkinan berlakunya apa-apa pertikaian sempadan adalah dihapuskan dan dengan itu hakmilik itu sebenarnya menjadi tidak boleh disangkal dari segala segi.
Daripada apa yang disebutkan diatas maka bolehlah disimpulkan bahawa ciri-ciri utama sistem Torrens adalah seperti berikut:dokumen hakmilik yang dengan jelas menentukan tanah itu difailkan di Pejabat Pendaftaran.didalam hakmilik itu didaftarkan segala jualan dan urusan yang kemudian atas tanah itu.
Oleh itu pemeriksaan pada bila-bila masa di Pejabat Pendaftaran menunjukkan bukan sahaja tiap-tiap butir mengenai syarat-syarat hakmilik asal tetapi juga nama-nama tuanpunya pada masa ini dan semua orang lain yang ada kepentingan atas tanah seperti pajakan atau gadaian.
Diantara kebaikan-kebaikan Sistem Torrens adalah seperti berikut:-
Tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hakmilik yang jelas, di jamin oleh Kerajaan, membentangkan bukan sahaja untuk pengetahuannya tetapi juga pengetahuan semua orang berkenaan mengenai segala syarat-syarat dan kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan tanah itu. tiap-tiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi dokumen-dokumen yang dahulu. hakmilik bagi tanah itu dan hak-hak semua orang yang memegang pajakan atau gadaian akan tidak boleh disangkal.
Hendaklah diperhatikan bahawa Sistem Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena Sir Robert Torrens yang memperkenalkannya di Australia Selatan dalam tahun1858. Kemudiannya ia berkembang ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian–bahagian lain dalam dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
(1)"Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996." Salah tu.. Sepatutnya 1.1.1966. Betulkan secepat mungkin ye!
(2)Jawapan ini typical yang saya dapat dari students... ini bukan jawapan yang saya cari. Saya mau students aware bahawa di Malaysia walaupun mempunyai satu kod untuk undang2 tanah, belum ada penyeragaman (uniformity) secara total yang tercapai. Sepatutnya pelajar mulakan dengan sejarah undang2 tanah di Malaysia (Land enactments) yang berpecah2 sehinggalah dengan nasihat suruhanjaya Reid kita mula menyatukan undang2 tanah di negeri2 di semenanjung dengan National Land Code 1965. Penang & Melaka ada National Land Code (Penang & Malacca Titles) Act 1963 untuk membolehkan sistem pentadbiran tanah yang sudah advance akibat kehadiran penjajah untuk distreamlinekan dengan negeri2 lain di Semenanjung.
Point kedua: Sabah & Sarawak walaupun sebahagian Malaysia masih mempunyai undang2 tanah sendiri. Oleh itu Kanun Tanah Negara belum dapat "menyeragamkan" undang2 tanah di Malaysia.
Point ketiga: Kena baca "A National LAnd Code" di dalam BMEM2113 box di library. Di situ diceritakan bahawa setiap land office belum ada penyeragaman dari segi prosedur & borang yg sepatutnya tidak berlaku kerana kita sudah ada satu National Land Code. Contoh yang diberi adalah di PTG Shah Alam.
Harap menjawab soalan.
boleh tanya?
macam mana dgn pembahagian tanah mengikut adat melayu sejak datangnya KTN dan torrens? adakah ia masih dipelihara ataupun ia telah ditinggalkn serta merta?
terima kasih.
anonymous, pembahagian harta mengikut adat melayu seperti pembahagian harta mengikut faraid dan hibah diiktiraf hanya jika ia didaftarkan atau diendorskan ke dalam surata hakmilik, tetapi jika ianya tdak didaftarkan, maka ianya tidak akan diambilkira. Ingat yang kunci dan intipati utama sistem torrens ialah pendaftaran segalanya.
Post a Comment