Thursday, October 23, 2008

Kaedah Perbandingan Bahagian 1

KAEDAH PERBANDINGAN / COMPARISON METHOD

  • Berdasarkan kepada konsep penggantian.
  • Iaitu seseorang tidak akan membeli sesuatu harta tanah pada harga yang melebihi harta tanah yang serupa atau sebanding, begitu juga seorang penjual tidak akan menjual sesuatu harta tanah pada harga yang lebih rendah daripada harta tanah yang serupa atau sebanding.
  • Harta tanah nilaian atau tanah subjek.
  • Untuk menilai h/t nilaian beberapa h/t lain digunakan sebagai perbandingan iaitu berdasarkan harga dan ciri2 h/t serupa.
  • Nilai tidak terlalu berbeza dengan h/t perbandingan


CIRI-CIRI HARTA TANAH PERBANDINGAN

  • Jenis h/t hendaklah serupa dengan h/t tanah yang hendak dinilai
  • Letakkan dikawasan yang sama atau dikawasan yang hampir serupa. Contoh h/t rumah kedai terletak di pusat Bandar


  • Jangka masa antara tarikh nilaian dengan tarikh pindah milik h/t perbandingan sebaik-baiknya tarikh sesingkat mungkin
  • Hak milik (pajakan @ kekal)
  • Faktor fizikal : Rupa bentuk, luas, umur, topografi dsb
  • Harga h/t perbandingan mestilah berdasarkan harga pasaran terbuka


PINDAH MILIK PASARAN TERBUKA

  • Penjual dan pembeli sukarela (tidak dipaksa )
  • Jangka masa yang munasabah untuk tawar menawar
  • H/t bebas di dedahka di pasaran terbuka untuk lawat periksa
  • Pembeli istimewa tidak diambil kira. Seperti pindah milik h/t daripada seorang ibu kepada anaknya
  • Pasaran h/t adalah stabil


LANGKAH-LANGKAH DALAM KAEDAH PERBANDINGAN

  • Kenal pasti dan senarai h/t perbandingan yang baru dipindah milik
  • Keluarkan h/t yang tidak memenuhi cirri-ciri pindah milik pasaran terbuka
  • Tukar harga jualan kepada unit perbandingan yang sesuai
  • Buat pelarasan terhadap perbezaan


PELARASAN

  • Ter dapat 5 jenis pelarasan
  • Pelarasan ± peratusan
  • Perbezaan antara h/t nilaian dan h/t perbandingan akan dinyatakan dalam peratus.
  • Perbezaan yang akan menaikkan nilai h/t nilaian akan dinyatakan peratusan (+)
  • Perbezaan yang menurunkan nilai h/t akan dinyatakan dalalm peratusan (-)
  • Pelarasan ± ringgit (RM)
  • Perbezaan dinyatakan dalam bentuk wang
  • Pelarasan hasil darab peratusan (RM)
  • Sama dengan pelarasan peratusan
  • Kesan setiap perbezaan didarabkan
  • Pelarasan keseluruhan (RM)
  • Setiap perbezaan perlu dikenal pasti
  • Pelarasan dibuat pada setiap perbezaan tersebut
  • Pelarasan ini menggambarkan kesan semua perbezaan yang terdapat diantara h/t nilaian dengan h/t perbandingan

2 comments:

Boomelake said...

hai hisyam.. nice to meet you

i'm hasbullah from uitm perlis.can i ask some questin about land law.i just want your opinion about the advantages of torrens system between existing land laws for strait settlement in malaysia(penang,melaka)

this my email
boomelake@yahoo.com

and my blog address
clubsurvey-boomelake.blogspot.com

Editor said...

sebelum melihat kepada kebaikan dan keburukan,kita harus mamandang ke belakang pada waktu kemasukan undang2 tanah British ke atas negeri2 selat Melaka dan P.Pinang. undang2 tanah pertama diperkenalkan oleh Francis Light di Penang berdasarkan kaedah "fee simple" pada tahun 1787, dan kemudian di perbaiki melalui 3 Piagam keadilan yang membawa kepada sistem surat ikatan(English Deeds System). Perkara yang sama berlaku ke atas Melaka setelah termaterai perjanjian Inggeris Belanda. Sistem surat ikatan ini membawa pengertian bahawa tanah adalah hakmilik diraja (land vested in the crown), maka jika saudara pernah melihat cerita inggeris yang bawa surat yang kononnya menunjukkan susur galur pemilik tanah tersebut, itulah contohnya surat ikatan tersebut. Dengan perkembangan negeri2 Melayu bersekutu, sistem torren terlah di bawa masuk, dan berkesan menyelesaikan masalah berkaitan hartanah, terutamanya pemilikan. Sistem torren yang sistematik diperkenalkan melalui FMS land Code oleh pihak British, dan kemudian diganti dengan Kanun Tanah Negara setelah merdeka. Ok sekarang kita pergi kepada keburukan English Deeds System ni, English deeds sistem ni terlalu bergantung pada surat ikatan tersebut, yang jika hilang maka pemilik tiada lagi milikan ke atas tanahnya. Kewujudan sistem torren memperkenalkan suatu keadaan dimana suatu pemilikan berdaftar keatas tanah tersebut adalah tidak boleh disangkal, pemilik tanah yg berdaftar adalah pemilik yg tunggal. Pemilikan ini hanya boleh disangkal dalam suatu perkara yg benar2 satu penipuan. Dengan ini sistem toren melindungi kepentingan pemilik tanah tersebut. Lagi sistem surat ikatan jika berlaku suatu transaksi, pihak peguam terpaksa memeriksa aliran susur galur yang panjang bagi membuktikan kasahihan milikan tersebut, dan kerana itu jua kerajaan British kini telah menukarkan sistem surat ikatan kepada sistem torren di britain. Untuk lebih lanjut, saya cadangkan saudara merujuk kepada buku Mohd Fathi Yusaff,terbitan UTM atau lebih mendalam lagi buku Malaysian Torrens System, Salleh Buang.