Thursday, June 18, 2009

Integration Project Outcome

Daripada 18 hingga 24 Mei 2009, Pelajar pengurusan harta tanah Universiti Malaya telah terbang ke Manila bagi menjalankan kajian pasaran serta mengemukakan beberapa cadangan pembangunan dibeberapa tapak yang berasingan. Sasaran projek integrasi ini adalah bagi menyediakan para pelajar dalam menjalankan kajian pasaran dan membuat cadangan pembangunan secara menyeluruh sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Tapak-tapak telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan pelajar bersama-sama dengan mentor daripada IPREA (Institue of Real Estate Philippine) supaya para pelajar dapat menjalankan satu kajian terhadap tapak yang telah disediakan. Lokasi tapak adalah berlainan antara satu sama lain, iaitu daripada kawasan pusat bandar di Makati City hinggalah ke kawasan pinggiran bandar di kawasan Tondo.

Tujuan pembahagian kawasan ini adalah bagi memastikan setiap kumpulan akan menghadapi situasi yang berlainan bagi setiap tapak dan hal ini akan menguji tahap kebolehan para pelajar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi diatas tapak masing-masing. Halangan utama adalah daripada perbezaan system pentadbiran tanah yang amat berbeza walaupun Filipina turut menggunakan sistem torren dalam pentadbiran tanah mereka, antara yang paling berbeza adalah daripada segi pegangan tanah, dimana mereka tiada pegangan pajakan, dan pentadbiran tanah adalah dibawah bidangkuasa judisiari. Selain itu perbezaan dalam sistem perancangan juga membuka minda para pelajar mencari jalan bagi mengatasinya.

Semalam (17/18 Julai 2009) para pelajar telah menamatkan projek mereka dan telah membentangkan hasil kajian mereka di hadapan para pensyarah. Menakjubkan serta mengujakan para peserta dengan kaedah penyampaian yang meyakinkan serta input-input baru yang disampaikan adalah mantap dan meyakinkan. Antara yang menarik perhatian adalah cadangan pembinaan hypermarket murah berkonsepkan Mydin di Malaysia, pembinan Gudang sejuk beku di daerah Tondo, pembinaan bangunan pejabat dan servis apartment dan lain-lain lagi. Terdapat 10 cadangan telah dikemukakan, semuanya adalah dianggap sebagai keguanaan terbaik dan tertinggi bagi tapak tersebut berdasarkan halangan-halangan samada dari segi perundangan, fizikal tapak dan beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi.

Sebagai seorang mahasiswa masa kini terutama yang mengikuti bidang harta tanah, kita sememangnya perlukan projek-projek sebegini bagi membuka minda mahasiswa supaya berada di tahap global supaya idea-idea baru dapat diterapkan didalam pembangunan di negara kita dimasa hadapan. Bersama ini juga saya akan memuat masuk beberapa fail kejian kewangan"cashflow analysis" dan slide presentation untuk dikangsi bersama.



Slide Show


Cashflow

No comments: